Thursday, April 14, 2011

SURAT UNTUK BULAN

~ kalau bulan boleh  mendengar, dengarlah luahan hati ini yang tak pernah tenteram
~ kalau bulan boleh membaca, baca lah isi hati ini yang sering gundah
~ kalau bulan boleh terbang, bawalah semua masalah terbang dari hati aku
~ kalau bulan boleh berkata-kata, katakanlah ayat yang mampu mendamaikan jiwa ini
~ kalau bulan boleh mengubat, ubati lah jiwa ini yang sedang sakit
~ kalau bulan ada disisi, ingin sekali aku memeluk menghilangkan resah..

DAMAILAH HATI

Wednesday, April 6, 2011

PEREMPUAN ITU COMPLICATED TAPI TETAP CUTE

Assalamualaikum..


Hi semua..bertemu kembali..





Okay.. pernah tak korang sedar antara lelaki dan perempuan ni memang terlalu banyak perbezaan yang tersangatlah ketara. Tak kira lah dari segi perasaan, emosi, akal, kemahiran and so and so. And well dari segi kegedikan tak perlu dipersoalkan sebab lelaki pun juga gedik! So tahap kegedikan pun membuatkan lelaki dan perempuan adalah berbeza



Dan untuk memberi gambaran dengan lebih jelas..aku try jd short story teller tentang sebuah kisah percintaan antara dua insan yang sama- sama begik, bega, degil, keras kepala, ego dan budus. Hei td kata nak cakap pasal perbezaan?? Relax2..bila aku dah cerita kang baru korang sedar yang persamaan tu yang membezakan sebenarnya...ehhh??



Bagi sesiapa yang sedang berkasih sayang dengan ur boyfy mahupun gelfy?(terasa, terasa), korang mesti pernah bergaduh kan. Gaduh mulut tu memang lumrah alam lah. Kalau tak gaduh maka pincang lah perhubungan korang.



“ Kanda ni...susah sangat nak paham dinda, dinda mintak kanda bagi perhatian sikit je kat dinda. Tu pun susah. Bencilah kanda ni!!! Hentak kaki dalam 2 ke 3 kali then talipon di matikan and lebih dramatis di off kan terus menunjukkan protes. Merajuk.. pastu agak-agak macam ade message berbunyi You have a missed call(s) (60) from 013xxxxxxx at 1.59 am), barulah talipon di on kan balik.(tak terasa). Bila dah on takde apa yang berlaku mulalah mintak putus..ehhh




Dalam situasi ni orang perempuan sebenarnya amatlah suka sekiranya diri diberi perhatian selalu dibelai dan dimanja bagai binatang menatang minyak yang penuh 24/7. Kan2 Zuhainy ahmad zhaki yang cantik dan manja?? Bagi kami- kami yang comel2, cantik dan manja ni perhatian dari orang yang tersayang adalah tiada kompromi. Ia adalah wajibul ghunnah. And sebenarnya bukan lah dalam percintunan je. Memang perempuan telah ditakdirkan dan dilumrahkan sangatlah mendambakan perhatian dari sesiapa sahaja mereka- mereka yang ada di sekeliling mereka termasuklah rakan sebaya



Okay lets through the phrase one by one. Bila orang perempuan mengadu dan mengeluh bahawasanya kamu- kamu si hendsem dan cool ni tak bagi perhatian kat kami, bukanlah maksudnya korang tak pernah langsung bagi perhatian. Tapi tu sebenarnya cara kami nak tarik perhatian. Kadang- kadang tu korang dah pun call setiap sejam sekali tapi bila saat nak tunggu jam yang akan datang tu, kadang- kadang kami- kami yang comel dan manja ni merasakan sesuatu perasaan yang aneh which is RINDU! Then saat dan ketika tu juga kami- kami yang manja dan dedikasi ni terus make a call padahal baru seminit tadi korang call. Hei korang apa paham perasaan perempuan. Jiwa kami halus tau. Dah la halus, comel pula tu. Pastu bila sang arjuna tak angkat call (sebab tengah main snuker or DOTA myb), mulalah golongan comel ni berperasangka buruk. Ahhh beliau sengaja tak nak angkat call. Ntah2 dengan perempuan lain. Ehhhh?? Normal kan perasaan ni zuhainy ahmad zhaki??

Orang lelaki pula bila situasi camni berlaku mereka mula rasa ewww.. apalah gediknya awek aku ni. Kan baru je call tadi(kutuk2 pun sayang tau sebab mana ada dah orang lain nak kat kau! Ahh korang lagi gedik). Berbeza pula dengan lelaki. Bagi mereka kasih sayang bukanlah dengan bagi perhatian 24/7 tapi cukuplah sekadar bertanya khabar. Gayut 5 minit sehari pun ok dah. Soalan feveret.. watper? Dah makan? Dah berak? Dah kencing? Standard kan. Tak terasa lah. Asal kan contact jap and si comel tak curang sudah lah. Kan2? Camtulah kesempoian lelaki dalam menjalin hubungan.



Ok next, talipon dioffkan sebaik sahaja panggilan dimatikan. Sebenarnya bukan apa, malas nak gaduh panjang-panjang + jiwa sensetif. Perempuan kan. Normal lah. No woman no cry. Agak- agak dah ada 60 miscalled dari sang arjuna barula talipon di on kan balik. Konon-konon kekasih hati akan memujuk. Tapi heiii!! takde satu pun misscalled??

Kat sini dah nampak satu lagi perbezaan. Orang perempuan ni sebenarnya suka dipujuk tapi bagi orang lelaki lantak kaulah nak merajuk. Jap lagi ok lah tu. Nope! Lelaki dan perempuan sangatlah berbeza dalam isu pujuk memujuk. Even dalam berkawan pun, orang perempuan lebih suka kalau mereka merajuk ada yang datang memujuk walaupun hanya dengar sekadar one magic word whic is sorry. And sangatlah normal kalau kata maaf tu tak dilayan. Sebenarnya dalam hati dah cair tapi perempuankan, gedik tu lebih sikit. So just let her cool down by her own self kalau maaf korang tak dilayan. Tak lame mana pun. 2 3 jam ok lah. Beza pula dengan lelaki. Jarang lelaki merajuk sampai seharian and jarang sangat lelaki mengaku sedang merajuk. Mereka lebih senang guna perkataan marah bagi menggambarkan kejantanan mereka. Kan2! Padahal merajuk. Ceh! Oh ya..lelaki ni kalau merajuk tak suka dipujuk. Mereka lebih suka cool down sendiri tanpa sebarang kata maaf. Bila dah ok mereka akan datang sendiri dan buat seolah- olah tiada apa yang berlaku dan masa nilah si comel perlu memainkan peranan sebagai penggoda. Hik!



Apa salahnya timbulkan rasa bersalah tu dengar ucapkan kata maaf dengan penuh kemanjaan dan kelembutan, belanja aiskrim ke, boxer ke..ehhhh?? ahh sukatila nak belanja apa pun. Janji ikhlas. This situation membezakan lelaki dan perempuan dari segi emosi. Perempuan selalu nya emo2. lelaki plak more to egois. Tak setuju?? Korang tak senormal aku la tu.



Minta putus?? Bende ni memang sangat sebati dalam sebuah hubungan dan seorang perempuan. Macam aku cakap tadi. Perempuan ni emosi terlebih. Kalau bengang tahap bangang sikit- sikit mintak putus.( terasa ) bukan tak boleh selesai cara elok. Tapi sebenarnya putus hanya dibibir bukan dihati. Percayalah.. melainkan minta putus sebab dah ada si macho yang lain..errrr..ntah. nak buat camne. Tahu tak korang kenapa kuasa talak(cerai) tu dalam islam diletakkan di bawah kuasa seorang lelaki yang bernama suami. Cuba bayangkan kuasa talak di bawah kuasa perempuan. Confirm talak 10 pun tak cukup. Yelah, baru 4 bulan couple dah 15 kali putus. Ni kan plak dah kahwin.



Perempuan ni jarang berfikir panjang. Kalau tengah marah tak payah nak cakap la. Gunung daik bercabang tiga, gunung ganang terbelah dua. Emo yang terlebih memang selalu buat perempuan buat keputusan yang salah pastu menyesal. Gaduh sikit putus. Gaduh sikit mintak cerai, sebaik tak de kuasa. Lelaki selalunya berfikir panjang sebelum buat keputusan. Biarlah sehebat nana badai melanda hubungan, mereka masih mampu mengawal perasaan dan emosi dan lebih rela mendiamkan diri sambil memikirkan jalan penyelesaian dan semestinya bukan memilih jalan putus@ cerai melainkan memang dah tak ada jalan lagi. Tapi tulah. Kadang- kadang diam lelaki ni yang membuatkan perempuan makin berapi. Mereka lebih suka sesuatu masalah tu diselesaikan dengan cepat sebab nak dipujuk. Hee.. macam yang aku cakap tadi.




Well, aku bukanlah nak menjatuhkan martabat perempuan sebab hei aku perempuan tau! Perempuan ni memang complicated dan sukar diduga hati mereka tapi sebenarnya hati perempuan ni lembut dan halus dan comel. Kalau kena gaya senang je nak lembutkan hati mereka yang memang lembut tu. Sebagai lelaki dan pemimpin sepatutnya korang kenalah pandai mengawal sesuatu hubungan sebab kaang- kadang lelaki ni emosi gak. Marah tak tentu pasal. Kan perempuan ni halus jiwanya. Kadang korang tinggikn nada suara korang sikit je tapi bagi perempuan itu adalah marah and dengan serta merta jiwa perempuan mu tersentap. Dalam perhubungan perlu ada tolak ansur dan komunikasi yang baik. Memang perempuan lebih suka bermadah contohnya nak bear di saat hari lahir mereka. Mereka tak kan minta secara direct tapi mereka lebih suka bermadah “ cantik kan yang bear tu??” and why the hell korang si kacak dan hendsem susah nak paham. Cubalah belajar bahasa madah dan bahasa tubuh perempuan sebab korang sebenarnya sangat memerlukan perempuan dalam hidup korang. Siapa nak iron baju korang kalau bukan mak korang, kakak orang, adik perempuan korang, bini korang. Hei!! Bibik korang pun perempuan tau.




See, lelaki dan perempuan ni banyak lagi perbezaan nya, Cuma kita semua perlu sedar yang perbezaan ni yang menjadikan sebuah kehidupan tu jadi indah bukannya susah. Cuma menerima perbezaan orang lain dari diri kita supaya sesuatu yang kurang tu jadi sempurna.



Ps: kalau lelaki dan perempuan tu sama, rasa2 korang ada tak kat dunia ni.haha





Monday, March 21, 2011

MAAF LA..MEMANG KEJE AKU CAMNI..

Assalamualaikum




Hai! jelitawan-jelitawan sekalian..



Aku ni nak dikata pandai memang la pandai Cuma lembab sikit la. So sebab tu kot aku ditempatkan di sebuah kolej yang hebat di Sg. Buloh yang menempatkan para pelataih separa perubatan. Kolej aku ni umpama UITM Shah Alam yang menjadi induk bagi kolej-kolej kesihatan yang lain di seluruh pelosok negeri. Oh ya lupe nak peringatkan, kolej ni melayakkan aku secara otomatik untuk menjadi penjawat awam. So aku tak payah terhegeh- hegeh nak berebut tempat dengan siswa- siswi yang lain untuk mencari kerja. Aku just perlu datang kelas dengar lecture- lecture mempersembahkan skill masing- masing dari 8.00am
(aku 8.10am) hinggalah jam 5.00pm( biasanya 4.30pm da cabut lau pok gad tak tunjuk kuasa) dalam tempoh 2 tahun. Dan sekarang ni aku sedaya upaya pula menghabiskan sisa- sisa kehidupan sebagai seorang pelatih yang berwibawa selama setahun dengan berpraktikal di Pejabat Kesihatan Daerah(PKD) sebelum aku diserapkan kemana-mana PKD secara otomatiknya . So sebab tu aku cakap aku ni memang layak ditempatkan di kolej tersebut disebabkan kelmbapan aku nanti untuk merebut mana-mana peluang pekerjaan. Tuhan tu maha mengetahui kan setiap ciptaan-Nya.



“PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN(PPKP)”



Pernah dengar? Forsure tak pernah kan. Lain la Zuhainy Ahmad Zhaki or Nurhuda Ramli. Dorang memang wajib menyebut perkataan ni hari- hari sampai pengsan. Ade?

Ni la tujuan aku tulis pasal entry ni sebab dalam menghilangkan kebosanan sebab tak dapat gaduh ngan YEYEN harini sekaligus aku dapat perkenalkan kat mereka-mereka yang tak pernah langsung tahu pasal job aku ni satu hari nanti yang sememangnya banyak berjasa pada korang semua tanpa korang sedar sebab kitorang bekerja secara underground. Gila ah underground! Tapi bukan geng black maria k( sory MJ pinjam nama jap).



Kitorang ni kerja untuk mencegah and korang jarang nampak melainkan korang memang selalu lepak kat kedai- kedai makan tak kira lah kedai mamak tepi jalan ke, restoren TAT SENG ke or mungkin korang ni perokok tegar yang tak reti bahasa merokok kat mana-mana tempat sesuka hati korang. Forsure korang akan salu tengok tapi mungkin tak tahu siapakah kitorang( aku actually).



“Eh ko ni keje ape sebenarnya?”



Ok2. seperti yang aku cakap(taip) kat atas, aku bakal kerja sebagai PPKP yang ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah, bukan di hospital- hospital yang menempatkan gadis-gadis nurse yang ewwww2.. Kerja ni actually more suitable untuk hero-hero remaja and bukannya untuk gadis melAYU macm aku ni. Tapi pe ada hal! Gadis melayu boleh beranak tau..HERO REMAJA bole??



Keje aku lebih kurang macam tutup periuk nasi orang la. Walaupun bunyi macam kejam tapi hei! Lau takde kitorang satu rakyat malaysia akan mati keracunan tau. See.. besar kan impak kalau takdenye kitorang ni. Tapi tu pun ade gak yang berani nak curi kerja- kerja kitorang ni. Peh-lis la.. macam takde kerja lain.



Kerja aku nanti cek kedai makan tak kiralah apa jenis kedai or gerai makan. Kalau kedai tu kotor nak mampus so just say gudbye. Secara otomatiknya kedai tu akan ditutup. Maka aku juga secara otomatiknya akan di blacklist kan dari senarai- senarai bakal menantu mereka yang meng’owner’ kedai makan. Eh..rugi tau sebab tokei kedai makan ni kayap kaya.

Walaupun macam kejam je sebab sesuka hati je nak tutup periuk nasi orang tapi kekejaman ni hanyalah seketika. Kedai tu akan diberi tempoh dalam masa 14 hari untuk membersihkan kedai mereka mereka sebelum kami datang semula nak cek. See.. baik kan sebenarnya kitorang ni. Nak jaga keselamatan korang gak.





Lau nak merokok pula peh- lis la merokok di tempat yang dibenarkan. Kalau da tahu atas kepala korang tu ada tanda dilarang merokok jangan la bawah tanda tu juga korang nak merokok. Kan da menampakkan kebebalan otak sendiri. Bila da kena serbu ngan kitorang nanti barula terhegeh- hegeh memujuk rayu minta belas kasihan. Mula la yang bujang ngaku anak sepuluh. Yang sihat walafiat dengan tiba- tiba ada sakit barah. What the hell. Nak sangat ke sakit tu. Kalau da takde duit so merokok jela kat rumah korang. Takpun merokok la kat tempat yang agak- agak macam takde siapa nak peduli kat korang contohnya dalam toilet.




Oh ya..lupe nak bagitahi bagitahu korang sama sekali DILARANG MEROKOK kat tempat- tempat yang berhawa dingin. So kat premis- premis kerajaan macam kat sekolah ke, hospital ke, kat mahkamah ke jangan la mengada- ngada nak merokok. Kang tak pasal- pasal naik mahkamah.( alaa..ingat peguam pun tak pernah kene kompaun sebab merokok kat tempat larangan??) So what? Lau peguam buat salah korang pun nak ikut. Dorang tu kaya. Kita ni kayap. Dari membazir bayar kompaun baik korang guna duit tu beli pampers anak- anak dan emaknya sekali. Haha..



Sebenarnya banyak lagi kerja aku ni tapi aku cerita panjang- panjang pun macam tiada kesudahan. Ada kerja pun orang nak rebut. Kalau dah takde kerja sangat pegi menoreh getah la. Sibuk- sibuk kacau periuk nasi orang buat apa? Bukankah kita hidup di dunia secara bermasyarakat? Errrr..habistu?

                                                                                                                                                        
                                      _________________________________________


P/S- Mencegah lebih baik dari mengubat. So aku lagi hebat la dari nurse yang eww2 kan . Tapi kenapa incik S suke sangat dengan nurse yang eww2 tu??





Saturday, March 19, 2011

BIAR MUKE KETAT, TAPI JAGAN KEKWAT!


Assalamualaikum..



THE BUS



Hai si comel (ya saya),cantik dan jelita sekalian..

Aku tiba-tiba teringat kenangan manis sebab dapat naik bas intercity yang canggih lagi hebat tapi jadi pahit bile dapat jiran belakang yang ewww...sombong gila.

Berbekalkan tiket yang bertarikh 4March 2011 jam 8.00PM dari Kangar ke Seremban bersamaan hari jumaat,  aku dengan rasa megahnya naik bas tersebut. Tahap keselesaan aku bagi 4.5/5.  Hah memang cukup selesa mamandangkan bas ni keluaran terbaru. Tak macam bas ”raja buah” yang ada anak lipas di sana dan sini. Bas lama kan. So terima jelah. Bas intercity yang aku naik ni memang superb la sebab menyediakan tempat duduk yang selesa, Wifi dan tempat pluge sekali bagi tiap-tiap kerusi. Advantage kat aku la yang pandai pilih tiket ni sebab dapat single seat. So aku tak payah nak berebut-rebut nak guna pluge( padahal tak de la nak guna sangat pun) macam couple seat yang lain.

Lepas dapat duduk huh terasa lega sebab kepenatan yang amat lepas bersiar-siar di sekitar Perlis bersama YEYEN si comel, ZUZU si cantik, AINI si comel gak dan adik YEYEN si manis yang ehem-ehem macam aku gak. Sumpah tak tipu. Bile dapat bas yang canggih sikit ni jangan dipersiakan. Bayar tiket mahal-mahal tu lah gunanya. Tapi bayar mahal-mahal pon bukan boleh tutup mulut mamat kat belakang aku ni. Cakap macam dia seorang ada awek. Ahh pasti handsem. So bateri handset sony aku(abg aku) yang da merah tu aku sumbatkan dengan charger tapi Oh em jay. Tak dapat di detect oleh handset sony yang canggih gila tak hengat tu. Ok2 kul men kul...kita try sekali lagi. Mane la tahu kesilapan teknikal belaku and so yeah!! DETECTED! Larian-larian garisan di simbol bateri tu membuatkan aku rasa nafas aku kembali normal. So aku biarkan dulu handset canggih tak hengat tu beradaptasi dengan charger tu dulu n What The beautiFul bile mata aku mule nak lelap terasa getaran hebat pada kaki kecil aku. KECIL.. Nombor yang tak dikenali. Ahh angkat jela. Mane tahu ade yang nak berkenalan. Malang sekali bila dengar suara perempuan di hujung talian, bukannya LELAKI.

“Ya betul la saya konah..ya2 cik saya dah pun naik bas..” dan talian di matikan.

Terasa dihargai seketika. Bagus betul bas ni. Siap call sorang-sorang kelain mereka bagi memastikan semua kelain mereka dah pun naik bas. Kalau lah bas “raja buah” pun macam ni. Aku bermonolog sendiri. Terasa hebat bila memuji tapi rasa nak mencarut bile handset kembali tidak di charge. Masalah..masalah..aku berusaha lagi nak charge handset canggih tak hengat tu dan hampir setengah jam usaha aku macam tak membuahkan hasil. Aku usha kiri dan kanan dan depan. Takde sesiapa melainkan mamat yang mungkin handsem kat belakang aku . Aku pusing dekat sepuluh kali kat belakang dalam tempoh 6 saat. Errr...nak tegur malu. Tak tegur tak tahu plak nanti dia sudi tak pinjamkan charger dia kat aku. Ahhh susah betul bile malu menguasai diri. Oh lupe nak bagitahu..aku ni memang pemalu orangnya. “Awak, awak ade charger sony tak” ada la dalam 6 kali aku panggil mamat tu dengan muka tebal semata2 nak pinjam charger punya pasal. “Mungkin dia tak dengar..” aku bermonolog secara positive . Aku cuba panggil dan panggil lagi and damn! Berani betul dia buat- buat tak dengar  perempuan secantik aku ni memanggil. Da la tak hendsem, pekak plak tu. Ahhh ni bukan jodoh..ni musuh! Belum pernah aku jumpa lelaki sesombong beliau. He’s the one ever. Tak pe der, harini hari lu...



“ kalau handsem dan berambut pacak macam aidil takpe gak nak menyombong dengan aku yang cantik ni.
( cantik la dari ZUHAINY AHMAD ZHAKI. Kalah sikit je dari LISA SURIHANI).

Aaa ni mule la aku nak bermulut jahat. Hati mule gelisah. Handset da nyawa- nyawa ikan. Camne aku nak call kak teh kalau aku da sampai seremban. Busuk-busuk pon aku mesti sampai 6 pagi. Mulut tak henti-henti menyumpah mamat belakang aku ni. Tak po kau.kau eksen ngan den. Den orang kampung kau tau poik. Den dongar tadi kau nak bonti kek sonawang maso kau beborak tak ingat dunio tadi. Siap lah kau. Aku mesti baleh dondam walau apo pon tojadi. Dengan laju nya aku off handset bagi memastikan bekalan bateri mencukupi saat2 aku tiba di seremban nanti. Nasib baiklah aku tengah gaduh ngan Incik S. Maka aku tak perlu membuat liputan lokasi aku sepanjang perjalanan yang memungkinkan kehabisan bateri. Ala..gaduh2 manja je. Gaduh2 putus kejap yang ntah keberapa kali. Biasalah..gaduh tu kan tanda sayang. Ahhh rindu plak pada incik S

Pejam celik pejam pejam akhirnya sampai kat seremban. Dah tak ramai rupanya. Mungkin ada yang dah turun kat bukit jalil. Ahhh persetan kan semua tu. Indahnya saat tiba di negeri tercinta. Aku pusing kebelakang and know what? He’s sleep!! Again..he SLEEP! Aku tersenyum manis bukan sebab muke mamat tu cute dalam tidurnya. Tapi dah tibe mase untuk membalas dendam.haha. dengan perlahan aku melontarkan kaki meninggalkan tempat duduk aku dengan wajah penuh dendam kesumat. Pekak betul mamat ni. Boleh tak dengar pacik drebar tu terpekik terlolong. Lantak kaulah. Kau bukan laki aku. Bye2 my hero. 

Dari jauh aku perhatikn bas tu dengan senyum penuh kejahatan. Macam takde tanda- tanda mamat tu dah bangun. Rasa apakah ini?? Bersalahkah?? Gembirakah?? Ahhh persetankan. Ada la dalam 10 minit aku tengok bas tu and tiba2 sesusuk tubuh lelaki keluar dari bas. Ahhh..dendam tak terbalas. Busuk- Busuk pon biarla dia sedar kat Melaka. Haha. Jahatnya aku. 

And paling tak boleh blah aku tengok mamat tu pandang aku tak puas hati dari jauh. Tahulah aku cantik Haha..indahnya dunia.. 
U DESERVED THAT!
 and, and..

“Hello Kak teh..aku da sampai”..


Friday, March 18, 2011

Wednesday, March 16, 2011


AWAKLAH RUMPUT SAYA



Hai warga2 comel dan jelita...setelah sekian lama jari jemari aku ni tak menconteng kata2 nista dalam  blog aku ni kini aku muncul kembali. bukan apa kadang2 kebizian dan kemalasan mengatasi segala-galanya.poyo kan. rasa  nak berbloging lepas tertonton satu video tentang kasih sayang.Mula dah nak berjiwang.HAHA. 1st skali korang perlu menonton video diatas bagi memudahkan korang paham apa y bakal aku carutkan lam entry aku ni. Bagi sesape yang belum tengok la sebab video ni dah lame actually so kalau yang dah penah tengok nak tengok lagi sekali pun tak de hal lah.aku tak charge 5 sen pon. Tapi lau korang nk bayar pun lagi la aku tak charge korang.

kisah lam video ni sebenarnya banyak mengajar kita semua menghargai sesiapa yang pernah hadir dalam hidup kita and yang paling penting orang yang berada dalam hidup kita sekarang. Then barulah sesebuah hubungan tu akan berkekalan selagi cinta kita ni dah pun ditetapkan sejak azali lagi and bukannya kecundang di tengah jalan sebab perangai kita yang kadang-kadang keanak-anakan dan kadang-kadang terlebih emosi(perempuan la selalunya) and tahap ego yang susah gila nak dicantas( ofcoz lelaki biasanya even perempuan pun ada gak ego tersendiri)

Pernah tak kita sedar yang kita kadang-kadang tak menghargai orang yang hadir dalam hidup kita. Kita selalunya mencari sesuatu kesempurnaan dalam satu hubungan n ofcoz mengharapkan orang yang kita sayang layan kita macam seorang puteri dan raja.kot ye pun tunggu la time jadi raja sehari nanti kan.Ahh mengada betul. raja sehari pon kene basuh periuk belanga gak.

Based on video kat atas. pelajar tu ibarat kita-kita semua ni la yang menggatal nak bercinta and nak cari cinta sejati yang akan menghargai kita sepenuh hati tanpa kita sedar yang kita pun sebenarnya kena tahu untuk menghargai kalau nak satu kasih sayang tu berkekalan. Kita dalam hidup ni memang sentiasa mencari mereka yang paling layak untuk digandingkan dengan kita dan yang paling penting yang paling layak untuk digandingkan dengan kita sehingga ke hujung nyawa.Heh..mengada!.

Tak semua orang akan berjumpa dengan Mr Perfect n Miss Perfect dalam sekelip mata. Usaha tu sangat penting tapi usaha kita ni kadang-kaddang membuatkan kita tersilap pandang n tersalah pilih sebab sikap kite yang terlalu mementingkan kesempurnaan (tak semua maksud aku). dalam kita memilih dalam terlalu memilih ni kita tak sedar yang kita dah pun berjumpa dengan orang yang betul-betul sayang kita sedangkan kita terus mencari.Cari apa pun tak tahu agaknya. Teringat kata-kata YEYEN yang " lam hidup kita ni kita akan jumpa sekali je orang yang betul-betul sayang kita. Kalau kita tak sedar kita tak akan jumpa lagi orang yang betul-betul menghargai kita dan pada masa tu nak menyesal pun dah tak gune". So kalau menyesal pun tak guna apa yang kita boleh buat sebab hidup perlu diteruskan?

kat sini lah kita kena praktikkan amalan menghargai seseorang. Kalau kita dah kehilangan seseorang yang kita yakin kita tak akan dapat bersama, so kita hargailah dia yang ada dalam hidup kita sekarang. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cube beringat bahawa tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi ni melainkan yang di atas sana. Cube terima kelemahannya sebab dia juga mungkin tengah belajar menerima kekurangan kita. Yang dah berlalu tu jangan lah dikenang sebab hati sendiri yang sakit dan terluka even kita sendiri yang melukakan sebab kita tak mungkin dapat berpatah balik untuk keputusan yang kita buat melainkan berlakunya keajaiban yang tak delah ajaib mana sebab semua tu dah pun ditetapkan dan ditakdirkan. So kamon la..teruskan hidup (FEEL IT!). Cuba untuk berdoa supaya yang dah pernah terjadi tak akan berulang selagi dizinkan Allah. Walaupun ramai lagi yang kita rasakan terbaik untuk kita tapi yang ada di depan kita sekarang sebenarnya dah cukup baik dan kita tak akan dapat rasa kebahagiaan selagi kita terus mencari yang terbaik.


semoga kite semua terus berbahagia dengan pilihan hati masing-masing dan terus belajar untuk menghargai walau ape sekali halangan yang tiba dalam hubungan kita. kearana disitulah kita dapat buktikan cinta kita adalah cinta sejati..AHHH..bapak jiwang,.HAHA

ADE??

Monday, November 8, 2010

ERRRRR...TA READY LAAAAAAA!!

hai allzz...mahu share satu cerita y membuat hidup ini bercelaru seketika...errrr..guano ye kalu kite terpaksa, dipaksa untuk melakukan sesuatu y SANGAT KITE TA READY!!! huwaaaaa....hate this feeling..!!
ok bayangkan kite sedar2 dr tdo kite ni berstatus tunangan org!! what!! smlam cm single je rase..xpun its complicated kew..what ever la status ape kat facebook pon kn tapi y penting dgn xsemene2 da jd tunang org...errrr..mak....jgn gini...mmg dye ta mrokok mak..tapi.....huwaaaa...dokno wat tu sei...tersa seperti dunia ni seolah2 sudah kekurangan oksigen...kulihat luar rumah..aaiikkkk!! masih hijau bumi ini..tapi dimanakah oksigen!!!! wowowo...mengapakah harus berperasaan begini..bukankah bahagia apabila dilamar??? MEMANG!!!! TAPI saya masih mahu bergulak kutawa bersama kengkawan, mahu menjerit2 di tepi koridor, mahu bermain kejar2 di hostel, mahu beli baju karton2 ag...huwaaa...sudah ku bilang..saya masih mude remaja...apekah punye rase ini....kata emak..." mak dulu umur 18 da kawin.da bole masak untuk satu family...da ade ko sblum 30tahun...(sy anak ke-7 yeee).." errrr..mak..tu zaman pak pandir n mak andeh..ni zaman cicak man mak...zaman kerajaan metropulus...ahdoiiii!!...bile otak da bercelaru neh...mule la idea bodoh terkeluar dr fikiran y ta bape nk waras...errr..tapi malu la nk cite idea bodo tu sbb tanak la tunjukkn kebodohan diri y da sedia ngonget ni...then...APAKAH Y HARUS DILAKUKAN??? kate ecah wahai si mamate...."mak ko da lame makan garam"... tapi mamate...sy pon kuat makan garam tau..myb da kalah garam2 y mak sy penah makan sblum sy lahir dulu..so taley ke saya tamo bertunang?? tamo2!!!
kalo da tunang nnt kene kawin..lau da kawen nnt ade anak..hahaha...ok..siyes taley bayangkan saya nk baring atas katil, pastu acik MC hulurkan baby ke pangkuan ku..kam to mama bebeh...huikkk...pelik2...then sang suami datang mencium dahi..huikkk...lagi pelik...then tbe2 rambut tersa disanggul tinggi...huikkk...pelik2...then..dahi da mcm sami sambut deepavali...huikkkk...bulan apekah skang...deepavalikah...anak sapekah itu??? sayakah??? tak2!! tapi nape sang suami berkata...COMELNYE ANAK KITE SYG...MCM MAMA DYE..huwawawawa....ade unsur poyo disitu..berangan sampai ta hengat!! errrr..helpzzz me...perlukah saya bersetuju..perlukah saya menerima..PERLUKAH MENAMATKN ZAMAN BUJANG TRANTANTANG NEH?? OMG!! kate si ikhwan...
haishhh...siyes otak jam seketika......bantulah saya!!!!!

Friday, October 29, 2010

KERANA ITULAH MEREKA DIPANGGIL KAWAN..



Sedang berada lam mud utk berbicara mengenai
  KAWAN!!

ok! lam hidup kite ni biarlah cntik mane or buruk mane pon kite 
rupe or prangai kite
kaya or miskinnya kite
hidup kite semestinya dikelilingi oleh mereka yang bernama kawan rite?
kawan sekelas
kawan semeja
kawan sekuliah
kawan sebilik
kawan semusuh..
*adekah??
mereka tetap dipanggil kawan

ta kira lah kawn tu laki ke perempuan
lembut or keras
*opss..ta mksud menghina
mereka tetap dipanggil kawan

kawan lah yang mendengar masalah kite
kawan lah yang mendengar helah kite
kawanlah yang mendengar tangis kita
kawanlah yang mendengar gelak tawa kita
pendek kate..kawanlah segala2 nya

 kite jatuh..
kawanlah yang bangunkan 
 kite sakit..
kawanlah ubat
kite sedih..
kawanlah penghibur..

dan kerana itu..
kite dianugerahkan
walaupon hanya seorang kawan
sebab..
kita takan mampu hidup seorang diri
tanpa mereka yang dipanggil
KAWAN

dan kerana itu juga
saya sedar..
saya bukan lah sesiapa
tanpa mereka disisi saya
sepanjang saya menempuh kehidupan
juga sebagai seorang kawan
kerana...
dari mereka
saya mengenali diri saya..
tinggi rendah saya
baik buruk saya
semuanya dari mereka yang bernama 
KAWAN.

DAN KERANA ITU..

saya menyayangi mereka yang berada disekeliling saya
samada disisi saya
mahupun sekeliling hidup saya
terima kasih kawan
yang sentiasa bersama saya
yang sentiasa membetulkan silap saya
yang sentiasa menghilangkn airmata saya
yang sentiasa menghiburkan hati saya..
yang sentiasa melindungi saya..
yang sentiasa mempercayai saya..
yang sentiasa berada disisi saya

dan selagi kamu semua bernama kawan
saya juga akan sentiasa menjadi kawan
di saat susah dan senang kite..
kerana..
suka duka hidup kite bersama
adalah kerana 
SORANG KAWAN..

********************

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all


You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you



You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you



I'm everything I am
Because you loved me 











Friday, October 22, 2010

ALHAMDULILLAH...EVERYTHING IS CLEAR NOW

seperti di entry2 sebelum ni..pnah saya bicarakan sifat manusia yang pelbagai jenis n kadang2 kite xsangka perangai jenis itu ade di alam nyata sedangkan selama ni hanya menonton di kaca televisyen menerusi drama2 melayu. saya bukan lah manusia sempurna untuk seringkali membicarakan mengenai sifat manusia membabi buta tapi saya juga manusia yang tidak akan mengganggu kehidupan manusia lain selagi ape y dilakukan tidak menjejaskn kehidupan orang lain n ofcos diri saya sendiri..
*************************

sebagai manusia biasa, kita perlu sedar diri kita sentiasa diperhatikan samada oleh pencipta kita mahupon sesama kita sendiri...makanya jgn lah kite mudah untuk menghina dan mencaci sesama kite apetah lagi menjaja nye kepada serata manusia kerana kite juga sentiasa diperhatikan dan tidak mustahil tanpa kite sedar kite sendiri dihina,dicaci dan buruk kite dijaja seperti dipasar..
***************************

persoalan kini...kenapa perlu menjaja cerita yang tidak benar  apetah lagi menjaja buruk orang yang selama ini menghormati n berbaik sangka terhadap kita...KENAPA??
kenapa perlu ade sifat cemburu n tidak pernah bersyukur sehingga sanggup mengaibkan orang lain sedangkan diri kita bukan lah sempurna mana...BENAR..kita disuruh untuk berbuat baik kepada mereka yang tua walau ape sifat pon mereka..tp saya bukanlah manusia biasa yang mampu untuk sentiasa menghormati mereka yang telah menikam saya dari belakang..ternyata ia memang pedih...orang y kita sanjung rupanya gunting dalam lipatan...
kita dididik untuk menghormati mereka yang lebih tua sejak di bangku sekolah even sejak kita kecil lagi...sejak kita dibimbing oleh ibu bapa kita sebelum kite mengenali maksud seorang GURU...hormat bukanlah diberi pada mereka yang memintanya sahaja...n sangatlah dayus sekiranya kita meminta orang menghormati kita sedangkn kita sesama manusia memang telah dididik untuk menghormati walaupon tanpa diminta..
**************************
kadang2 saya terfikir..perlu ke lagi saya menghormati orang yang telah menikam saya dari belakang sedangkan sekali pon tidak terdetik  di dalam hati saya untuk bersikap kurang ajar terhadapnya sebelum ini...kenapa perlu untuk mengapi2 kan sesama manusia sedangkan kita hidup bermasyarakat yang sentiasa memerlukan satu sama lain...dan yang paling saya terkilan..kenapa mahu cemburu kan kebahagiaan orang lain yang sekali sahaja sedangkn kita dah lame mengecapi nikmat bahagia itu berpuluh kali....KENAPA??
tidak kah kita sedar orang y sentiasa melihat kebahagiaan kita itu tidak pernah pon terlintas untuk mencemburui nya & kenapa kita perlu ade rase cemburu itu sehingga sanggup menjaja buruk orang yang baru  merasa kebahagiaan yang telah lame pon kita kecapi...

**********************

janganlah selama ni kite dihormati, kita disanjung, kita di pandang mulia, dengan mudah untuk kite menyenaraikan buruk oarang lain kerana orang lain juga mampu menyenaraikan buruk kita 10 kali lebih dr y kita xsangka...apelah salahnya kita ynag hidup bermasyarakt ini tegur menegur sesama kita andai ada silapnya, andai ada kurangnya,jangan kita sanggup memburukkan orang lain untuk menutup silap kita...
kita juga manusia biasa....

*****************
jangan terkejut andai sahabat yang kita sangka selama ini, di belakang kite....penuh dengan kepalsuan yang tidak penah kenal erti penat menjaja buruk kite...itulah yang saya rase kini sehingga menjadikan saya bukan diri saya untuk bersikap kasar...saya juga ada perasaan untuk dihormati sebagai seorang manusia, bukan seperti binatang yang boleh disepak terajang sesuka hati..


ingatlah...putar belit memakan diri.....

**************************

Tuesday, October 19, 2010

TIADA LAGI PERSIMPANGAN....PATAH SEMULA=)

HAH..dengan gembiranya saya menyatakan tiada lg masalah untuk memilih jalan mana yang harus dipilih seperti di entry lepas kerana:

  • masalah memang sentiasa ada dalam hidup kite KERANA kita y mencipta masalah tersebut.makanya kite y mencipta masalah tersebut haruslah mencari penyelesaian sendiri n saya telahpon menemui penyelesaian y paling bagus
  • dua jalan yang terbentang luas di depan mata pasti ada pro n kontra nya rite? n sesekali kite perlu meminta bimbingan mereka y lebih berpengalaman untuk membuat pilihan.
  • ok..dalam pro n kontra tersebut, ta mustahil kedua2 jalan tersebut tidak perlu dipilih kerana myb ade jalan y lebih baik y perlu kita kaji n kenalpasti
  • makanya...saya telah membuat keputusan untuk tidak memilih kedua2 jalan tersebut kerana bagi saya kedua2 jalan tersebut telah bnyk memberi saya masalah untuk kebahagiaan saya sendiri dengan hanya memikirkan jalan mana y harus saya lalui.
  • kemudiannya..jalan kanan y sangat la teringin dilalui sudah maklum sangat sukar untuk saya lalui n saya tidak rase untuk melauinya kerana jalan itu perlu dilalui oleh mereka yang betul2 tabah n betul2 layak..=)
  • jalan kiri pula tidak sanggup untuk dilalui kerana mungkin perasaan serba salah untuk memilih hanya satu jalan sahaja sedangkan di hati teringin sekali melalui kedua2nya (oh sangat tamak ye disitu) n mungkin jalan ini akan dipilih satu hari nnt. 
  • makanya saya telah membuat keputusan untuk berundur n tidak lagi mahu pening2 kepala untuk membuat pilihan y sangat memeningkan diri sendiri=)
  • mungkin ade jalan y lebih baik YAKNI sebuah taman yang dipenuhi dengan permainan yang akan menghiburkan hati saya saat suka dan duka...
akhir kata...setiap masalah itu ada penyelesaiannya selagi kita mahu cari penyelesaiannya n memikirkan kebahagian diri sendiri sebelum memikirkan kebahagiaan orang lain..n KADANGKALA sikap penting kn diri itu PERLU kerana dr situ kita dapat mengenali diri sendiri daripada mengenali mereka y lain...

ok! siyesly..mmg sukar untuk membuat keputusan coz setiap keputusan y dibuat sangat mempengaruhi hidup kita dan orang lain serba sedikit..tetapi! selagi kita tidak membuat sebarang keputusan, kita sendiri akan menghancurkan hidup kita n orang lain..biarpon keputusan itu bukanlah satu kerelaan tapi kadangkala y tidak kite relakan itu adalah penawar kepada setiap racun yang sudah lama bersarang dalam fikiran kita=)
makanya...janganlah takut untuk membuat sebarang keputusan kerana disitu mendidik kite untuk menjadi lebih matang dan mempunyai pendirian....till then....
...........................................
ADA SESUATU DI HATI SAYA
MAAFKAN SAYA='(

MACAMANA NK PUJUK HATI YANG LARAAAA...

SUSAH HATI...
SERBA SALAH..
RASE BSALAH..
SEDEY......
TATAU NK WAT PE..
.........
ADE SESUATU DI HATI SAYA

Monday, October 18, 2010

APABILA 2 JALAN DIDEPAN MATA....

saya bukan lah manusia tamak
bukan juga manusia yang tidak mampu menerima kekurangan
cuma kadangkala saya tersungkur
di depan jalan yang mempunyai persimpangan
dan sehingga itu
saya ta mampu untuk memilih
walaupon saya tahu
di kanan saya...
saya takan mampu untuk laluinya
dan di kiri pula
saya teragak2 untuk melaluinya..
malah..
saya tahu saya perlu memilih jalan kiri itu..
kerana...
di situ saya mengenali diri saya
nikmat y diterima
bukan datang bergolek
dan perlu ade halangan dan persimpangan di hadapannya..

BENAR..
 yang indah bukan yang selalu kita impikan
yang indah
apabila kite berjaya menggapainya
dengan pelbagai ujian..
kadang2..
saya terpaksa akur...
walaupun sering jua saya tersungkur dengan pilihan sendiri
sehingga saya tidak mengenali diri sendiri 
yang tidak mampu membuat pilihan
pilihan yang bukanlah tepat
sekadar pilihan yang mampu membuatkan saya gembira

cuma yang diharapkan
jalan kanan itu
benar2 bukan pilihan yang sepatutnya
supaya tiada rase duka kerana tidak melaluinya
walaupon ade terdetik di hati..
ingin sekali melaluinya...
menyusuri jalan yang sudah pasti..
jalan yang pasti bukan jalan yang baik
sehingga itu...
..............................

ADA SESUATU DI HATI SAYA..


Tuesday, October 12, 2010

TERIMA KASIH KAWAN<---------HUDA,ECAH,ZATI

lebey kurang jam 2.31am@13/10/10
mood n perasaan yang sangat ta stabil
seperti mahukan bahu seseorang
n opcoz telinga seseorang
23 hari ni..rase seperti jantung sentiasa dipam laju
darah yang sentiasa mengalir laju
tanda kemarahan yang ta pnah putus


n tadi..sebentar tadi
berjaya meminjam telinga nurhuda ramli
*sempat menangis barang 2,3 titis
perang yang seolah-olah takkan ade penamat
even perang dunia ke-2 pon da lame berlalu pergi
berlalu dengan masa
benar2 menguji tahap kesabaran saya

thanks da coz jadi seorang y sangat memahami
yang sangat mengenali diri ini
katenye...

kite kenal zira
'mesti dye' ade usik zira
lau tak,zira takan jadi cmni
i know u zira
zira takan jd cmni lau org ta usik zira
walaupon kite penah ta sefahaman dulu
at least kite bole selesaikan cara baik
n kite masih baik kn da smp skarang..

n awk na tau tak da...
saat tu
hati saya jadi sayu
kalau la awk ade disebelah saya
saya mahu pinjam bahu awk
*mood y terlalu sedey

sekali sekala
teringat gelak awk y sumbang tu
dari sem 1 hinggalah sem 4
lau bukan telinga kiri saya
mesti telinga kanan saya akn dengar gelak awk tu
HARI2!
n u knoe what..
really miz dat momenz
*cube tersenyum walaupon ta mampu..

gadis2 comel yang selalu ada dihati saya..zati n huda

ecah gegek..rumate ku..jage beliau ye da.


till then...
really mis uollz
ta sbr mahu ketemu korg semua
seperti dulu
gelak same2
n tentot same2
*khas untuk zati

wehhh...
maafkan aku andai selama kita berkawan
kite pnah tersalah sangka
termudy tibe2
sesungguhnyeeee
SANGAT SAYANG KORANG SEMUA
*BLUM MAHU PERGI LAGI YEE..TEHEE

kini
baru mula sedar
betapa besar nilai persahabatan
persefahaman
dan juga
perbincangan
...
ADE SESUATU DI HATI SAYA...

Friday, October 8, 2010

LELAKI NAKAL VS LELAKI BAIK...OPSSSS=)

Pernah sesekali saya bertanya pada diri sendiri...
"lelaki cmne yang menjadi pilihan hatiku???"
baik, nakal, skema, nerd, or ape2 spesies lg la kan...
loading punye loading punye loading then i gotta 1 answer...
of coz y NAKAL=)

tapi kenapa nakal???
these're de answers................


lelaki nakal ni besenya full with sense of humor..kalo xklaka n happening tu bukan nakal la namenye kan..
.biar la tension mane pon dorg mase tu muke tetap mcm hidup ni ta pnah bermasalah..
(awet mude gitu...) 
n paling best nye laki y nakal ni korg pon bole terjangkit nakal korg disitu 
 maka jd la hidup korg ni mcm tade masalah n opcos awet mude skali..kan3!! 
mmg la laki nakal ni kadang2 kite takut nk dekat 
n ta keterlaluan lau saya kate kadang2 kite rase meluat nk tgk..
ok..tu pandangan bg sesetengah pihak yang ta pnah merasa n berada di sisi laki y nakal neh..
i admit it n pnah berperasaan itu satu ketika dulu (skang ta lg kea...)..
laki y nakal ni besenye life dorg agak sempoi n steady..
yesss..i loooiike dat..! 
sempoi dari pemakaian dowg, dari cara pemikran dorg
 sempoi dr pertuturan dorg n sempoi dr segi attitude dorg
( semestinya suke menimbulkan masalah negara...walau dimana mereka ada..teheeee..)..
attitude dowg le dikatakan 6/10 la...ok la tu kan dr tade markah..
lau exam da bole dpt C++ tu..ahaaa..ok syok sendiri...=)
 macam lari tajuk ckit....ok back to da story...

pernah tak korg perhatikan kat atas jalan raye bile ade aksi2 18SG y agak poyo ni besenye dr golongn mane...
opcos la dr golongn laki2 y nakal kn...
agak sukar la utk kite dapt tgk laki2 y agak skema ni merempit tgh2 alam maya...
lau ade pon mgkin 0.01%..huuu...
ngn motor y ntah ape gaya di modified ..
(penggunaan bahasa y sgt ta digalakkan)
bese r tu kan...
duit habis kat ctu tape.....
asal nmpak bergaya....
ala2 awal ashari r kononnye...konon la kan
ok kat cni ley dikaitkan ngn 1 statement y aku kaji...ececeh...
bajet ahli kaji serangga kowt...


Kenderaan lelaki nakal tidak biasa.


ok! Mana ada lelaki nakal naik kereta biasa-biasa,tol tak??
 paling-paling pun
 tayar kena ada sport rim 
atau serba sedikit modifikasi.
 Kereta sedan yang biasa
 tidak diterima pakai oleh golongan ini. 
sumpah sgt poyo! cool
Takkan lelaki nakal hanya naik motor biasa. 
Kurang-kurang pun kena kapcaikan sikit motor. Barulah seksi, barulah awek mari! aha...
n skali lg sumpah mata sy ta pnah dok diam
di atas jalan raya...
sanad asyik tgk keta kulu kilir..
skali dpt lak tgk HONDA civik EK plak...
mmg ta bley blah r kn..
smp hilang kete tu akn di tgk..
biar pon si pembawanye ntah laki nakal
or..
pacik y da tua
ta kesahla kn..
y penting ketenye.....
mmg menjadi idaman la...


oh my hero!!



seperti biasa..lari topik...
pastu laki nakal ni besenye pandai main gitar..
waaaaa....sanad la menjadi idaman kalbu laki jenis ini
siyes tringat zaman skola dulu
pnah saya ungkapkn kata2 ini
lelaki pertama y mainkan gitar lagu UR BEAUTIFUL depan saya
maka dengan serta merta akan ku kahwininya...
oh sgt la mustahil utk itu terjadi
n sgt la kolot ye pemikiran seperti itu
bajet ala2 cinderella story r..teheee
whatserong wif u konah??
wake up plizzzz!!
tp siyes laki nakal ni besenye mmg pandai main gitar
lau ta tepi2 longkang mesti tepi2 mesjid...=) 
sgt minta di ubah ye lokasi itu
cube la bayangkan..
time2 kite dok mgade2 na majuk plak kn..
ade plak org pujuk kat tepi tingkap smbil main gitar..
fuhhh....cair.......ta jd meneruskan rajuk...
sumbang blakang cite la....ahaaa
sangat gediz....
bermimpi di siang hari la nmpaknye..


laki nakal ni besenye pndai n suke bergaya walaupon sempoi..


ok...sila jgn teruskan pembacaan
 sekiranya
ada tanda2 ta setuju ngn pendapat neh..
cube la tgk cara laki nakal bergaya..
sempoi + adorable...teheee
tee bodo pon da nmpak nsem 
(walaupon muke bese2 je)
dan yang paling penting!!!


RAMBUT KASI PACAK!


ha..ni y part best skali sy suke
rambut pacak mmg menjadi rambut y sangat saya idamkan..
sila paham ye...bukan saya..tapi laki idaman ku...=)
rambut pacak ni bukan la stakat laki nakal je miliki
yang ta bape nk nakal pon ramai je y miliki
tapi almost 60% dimiliki laki y nakal
(menurut kajian saya sendiri=))
biar la cmne jenis pon muke 
tapi lau dah namenye rambut pacak..
HE's HENSEM!
wah! agak gatal di situ


OPCOZ LA PILIH ORG KG KITE KAN=)
amacam..ade sape2 yang ta jatuh cinta tgk rambut dowg..
ahaaa..rambut je ok...



ok...
cmne plak ngn kowg??
mate manusia ni berbeza2 care penilaiannya..
n diz mean laki idaman setiap wanita pasti berbeza2 rite
ade y tgk pade rupenya
ade y tgk pade kelakuannya
ade y tgk pada warna kulitnya
ta kesahla kn sume tu
yang penting..
kite hargai siapa sahaja yang telah hadir dalam hidup kita
selagi dia mampu menjaga kita
n membentuk diri kita
menjadi insan y berguna...





Wednesday, October 6, 2010

HIDUP NI MEMANG PALAT...TAPI ESOK MASIH ADA..


KATA2 Y MEMBERI MOTIVASI SECARA TIBE2

hai semua...


sekali lagi sy ingin berbicara mengenai sikap manusia...

kata orang sejarah MEMATANGKAN kita...
benar...sejarah mematangkan kita sedikit demi sedikit..
dan dari sedikit itu kite sedar yang sebenarnya kita tidaklah sematang mana..

MALANGNYE!!!


kadang2 kata y lebih..habuk pun tarak..errrr
gini lah....mungkin mereka tidak tahu n tanak amek tahu (sesungguhnye xdelah heran pon)
mengapa sesuatu perkara itu terjadi...
the point is....saya xmengganggu ketenteraman idop kamu..janganla sesekali kamu mengganggu ketenteraman idop saya kerana sesungguhnya saya juga mampu mengganggu ketenteraman idop kamu...yes..datz my promise n ill do..

PESANAN SAYA


~sila jangan kata buruk saya coz saya xde mane nk kate burok kamu   
  coz sy tahu kamu memang burok perangai..
~ sila jangan mulekan sesuatu y saya benci coz saya mampu  
  memulakan sesuatu y seribu kali kamu benci..
~sila jgn wat saya hilang hormat saya pada kamu...(amat dititik   
 beratkan) coz saya sgt menghormati kamu selama ni...(truly from 
 my heart)..
~ sila jgn cipta saya y lain y kamu xpernah kenal selama ni...
~ sila sedar diri
~ sila jangan mengampu...sangat lah burok padahnye yeee...
~ sila jangan menafikn sesuatu y pernah keluar dari mulut kamu...datz mean..sila sedar diri..sangat memalukan  
   disitu yee..
~sila berkata benar ok...jangan mereka2 cerita y tiada coz akan memakan diri kamu
~sila berani mengaku salah..
~buat si KN.. i know n really know bout u better now..just behave urself n beware of every part of ur  
  word..ok! n y lain tu jgn mudah terpengaruh k...bukankah memang sedia maklum???
~sila sedar ye..saya hanya menjadi diri saya yang ke-2 jika n sekiranya ada manusia y bermuke sepuluh 
  mengganggu ketenteraman idop saya..
~sila jgn wat palat ngan saya y xpenah nk memalatkan diri lam idop kamu..


n kalo sesiapa y tidak menyenangi tulisan saya ni..sila jgn bace n sila abaikan coz disini tempat saya berkomunikasi dengan manusia y bermuka sepuluh...

p/s: penggunaan kata2 kesat amat dikesali tapi lebih kesal dengan sikap MANUSIA y  
      xsenang dengan idop MANUSIA lain..sangat xfaham dengan manusia jenisan ni..
      (khas buat si dia y seorang je..harap maklum)..sedikit tambahan..dengan manusia y  
      xpenah senang dengan setiap manusia di sekelilingnya...


~SENYUM~


                                  2ND

Followers