Saturday, March 19, 2011

BIAR MUKE KETAT, TAPI JAGAN KEKWAT!


Assalamualaikum..



THE BUS



Hai si comel (ya saya),cantik dan jelita sekalian..

Aku tiba-tiba teringat kenangan manis sebab dapat naik bas intercity yang canggih lagi hebat tapi jadi pahit bile dapat jiran belakang yang ewww...sombong gila.

Berbekalkan tiket yang bertarikh 4March 2011 jam 8.00PM dari Kangar ke Seremban bersamaan hari jumaat,  aku dengan rasa megahnya naik bas tersebut. Tahap keselesaan aku bagi 4.5/5.  Hah memang cukup selesa mamandangkan bas ni keluaran terbaru. Tak macam bas ”raja buah” yang ada anak lipas di sana dan sini. Bas lama kan. So terima jelah. Bas intercity yang aku naik ni memang superb la sebab menyediakan tempat duduk yang selesa, Wifi dan tempat pluge sekali bagi tiap-tiap kerusi. Advantage kat aku la yang pandai pilih tiket ni sebab dapat single seat. So aku tak payah nak berebut-rebut nak guna pluge( padahal tak de la nak guna sangat pun) macam couple seat yang lain.

Lepas dapat duduk huh terasa lega sebab kepenatan yang amat lepas bersiar-siar di sekitar Perlis bersama YEYEN si comel, ZUZU si cantik, AINI si comel gak dan adik YEYEN si manis yang ehem-ehem macam aku gak. Sumpah tak tipu. Bile dapat bas yang canggih sikit ni jangan dipersiakan. Bayar tiket mahal-mahal tu lah gunanya. Tapi bayar mahal-mahal pon bukan boleh tutup mulut mamat kat belakang aku ni. Cakap macam dia seorang ada awek. Ahh pasti handsem. So bateri handset sony aku(abg aku) yang da merah tu aku sumbatkan dengan charger tapi Oh em jay. Tak dapat di detect oleh handset sony yang canggih gila tak hengat tu. Ok2 kul men kul...kita try sekali lagi. Mane la tahu kesilapan teknikal belaku and so yeah!! DETECTED! Larian-larian garisan di simbol bateri tu membuatkan aku rasa nafas aku kembali normal. So aku biarkan dulu handset canggih tak hengat tu beradaptasi dengan charger tu dulu n What The beautiFul bile mata aku mule nak lelap terasa getaran hebat pada kaki kecil aku. KECIL.. Nombor yang tak dikenali. Ahh angkat jela. Mane tahu ade yang nak berkenalan. Malang sekali bila dengar suara perempuan di hujung talian, bukannya LELAKI.

“Ya betul la saya konah..ya2 cik saya dah pun naik bas..” dan talian di matikan.

Terasa dihargai seketika. Bagus betul bas ni. Siap call sorang-sorang kelain mereka bagi memastikan semua kelain mereka dah pun naik bas. Kalau lah bas “raja buah” pun macam ni. Aku bermonolog sendiri. Terasa hebat bila memuji tapi rasa nak mencarut bile handset kembali tidak di charge. Masalah..masalah..aku berusaha lagi nak charge handset canggih tak hengat tu dan hampir setengah jam usaha aku macam tak membuahkan hasil. Aku usha kiri dan kanan dan depan. Takde sesiapa melainkan mamat yang mungkin handsem kat belakang aku . Aku pusing dekat sepuluh kali kat belakang dalam tempoh 6 saat. Errr...nak tegur malu. Tak tegur tak tahu plak nanti dia sudi tak pinjamkan charger dia kat aku. Ahhh susah betul bile malu menguasai diri. Oh lupe nak bagitahu..aku ni memang pemalu orangnya. “Awak, awak ade charger sony tak” ada la dalam 6 kali aku panggil mamat tu dengan muka tebal semata2 nak pinjam charger punya pasal. “Mungkin dia tak dengar..” aku bermonolog secara positive . Aku cuba panggil dan panggil lagi and damn! Berani betul dia buat- buat tak dengar  perempuan secantik aku ni memanggil. Da la tak hendsem, pekak plak tu. Ahhh ni bukan jodoh..ni musuh! Belum pernah aku jumpa lelaki sesombong beliau. He’s the one ever. Tak pe der, harini hari lu...



“ kalau handsem dan berambut pacak macam aidil takpe gak nak menyombong dengan aku yang cantik ni.
( cantik la dari ZUHAINY AHMAD ZHAKI. Kalah sikit je dari LISA SURIHANI).

Aaa ni mule la aku nak bermulut jahat. Hati mule gelisah. Handset da nyawa- nyawa ikan. Camne aku nak call kak teh kalau aku da sampai seremban. Busuk-busuk pon aku mesti sampai 6 pagi. Mulut tak henti-henti menyumpah mamat belakang aku ni. Tak po kau.kau eksen ngan den. Den orang kampung kau tau poik. Den dongar tadi kau nak bonti kek sonawang maso kau beborak tak ingat dunio tadi. Siap lah kau. Aku mesti baleh dondam walau apo pon tojadi. Dengan laju nya aku off handset bagi memastikan bekalan bateri mencukupi saat2 aku tiba di seremban nanti. Nasib baiklah aku tengah gaduh ngan Incik S. Maka aku tak perlu membuat liputan lokasi aku sepanjang perjalanan yang memungkinkan kehabisan bateri. Ala..gaduh2 manja je. Gaduh2 putus kejap yang ntah keberapa kali. Biasalah..gaduh tu kan tanda sayang. Ahhh rindu plak pada incik S

Pejam celik pejam pejam akhirnya sampai kat seremban. Dah tak ramai rupanya. Mungkin ada yang dah turun kat bukit jalil. Ahhh persetan kan semua tu. Indahnya saat tiba di negeri tercinta. Aku pusing kebelakang and know what? He’s sleep!! Again..he SLEEP! Aku tersenyum manis bukan sebab muke mamat tu cute dalam tidurnya. Tapi dah tibe mase untuk membalas dendam.haha. dengan perlahan aku melontarkan kaki meninggalkan tempat duduk aku dengan wajah penuh dendam kesumat. Pekak betul mamat ni. Boleh tak dengar pacik drebar tu terpekik terlolong. Lantak kaulah. Kau bukan laki aku. Bye2 my hero. 

Dari jauh aku perhatikn bas tu dengan senyum penuh kejahatan. Macam takde tanda- tanda mamat tu dah bangun. Rasa apakah ini?? Bersalahkah?? Gembirakah?? Ahhh persetankan. Ada la dalam 10 minit aku tengok bas tu and tiba2 sesusuk tubuh lelaki keluar dari bas. Ahhh..dendam tak terbalas. Busuk- Busuk pon biarla dia sedar kat Melaka. Haha. Jahatnya aku. 

And paling tak boleh blah aku tengok mamat tu pandang aku tak puas hati dari jauh. Tahulah aku cantik Haha..indahnya dunia.. 
U DESERVED THAT!
 and, and..

“Hello Kak teh..aku da sampai”..


Friday, March 18, 2011

Wednesday, March 16, 2011


AWAKLAH RUMPUT SAYA



Hai warga2 comel dan jelita...setelah sekian lama jari jemari aku ni tak menconteng kata2 nista dalam  blog aku ni kini aku muncul kembali. bukan apa kadang2 kebizian dan kemalasan mengatasi segala-galanya.poyo kan. rasa  nak berbloging lepas tertonton satu video tentang kasih sayang.Mula dah nak berjiwang.HAHA. 1st skali korang perlu menonton video diatas bagi memudahkan korang paham apa y bakal aku carutkan lam entry aku ni. Bagi sesape yang belum tengok la sebab video ni dah lame actually so kalau yang dah penah tengok nak tengok lagi sekali pun tak de hal lah.aku tak charge 5 sen pon. Tapi lau korang nk bayar pun lagi la aku tak charge korang.

kisah lam video ni sebenarnya banyak mengajar kita semua menghargai sesiapa yang pernah hadir dalam hidup kita and yang paling penting orang yang berada dalam hidup kita sekarang. Then barulah sesebuah hubungan tu akan berkekalan selagi cinta kita ni dah pun ditetapkan sejak azali lagi and bukannya kecundang di tengah jalan sebab perangai kita yang kadang-kadang keanak-anakan dan kadang-kadang terlebih emosi(perempuan la selalunya) and tahap ego yang susah gila nak dicantas( ofcoz lelaki biasanya even perempuan pun ada gak ego tersendiri)

Pernah tak kita sedar yang kita kadang-kadang tak menghargai orang yang hadir dalam hidup kita. Kita selalunya mencari sesuatu kesempurnaan dalam satu hubungan n ofcoz mengharapkan orang yang kita sayang layan kita macam seorang puteri dan raja.kot ye pun tunggu la time jadi raja sehari nanti kan.Ahh mengada betul. raja sehari pon kene basuh periuk belanga gak.

Based on video kat atas. pelajar tu ibarat kita-kita semua ni la yang menggatal nak bercinta and nak cari cinta sejati yang akan menghargai kita sepenuh hati tanpa kita sedar yang kita pun sebenarnya kena tahu untuk menghargai kalau nak satu kasih sayang tu berkekalan. Kita dalam hidup ni memang sentiasa mencari mereka yang paling layak untuk digandingkan dengan kita dan yang paling penting yang paling layak untuk digandingkan dengan kita sehingga ke hujung nyawa.Heh..mengada!.

Tak semua orang akan berjumpa dengan Mr Perfect n Miss Perfect dalam sekelip mata. Usaha tu sangat penting tapi usaha kita ni kadang-kaddang membuatkan kita tersilap pandang n tersalah pilih sebab sikap kite yang terlalu mementingkan kesempurnaan (tak semua maksud aku). dalam kita memilih dalam terlalu memilih ni kita tak sedar yang kita dah pun berjumpa dengan orang yang betul-betul sayang kita sedangkan kita terus mencari.Cari apa pun tak tahu agaknya. Teringat kata-kata YEYEN yang " lam hidup kita ni kita akan jumpa sekali je orang yang betul-betul sayang kita. Kalau kita tak sedar kita tak akan jumpa lagi orang yang betul-betul menghargai kita dan pada masa tu nak menyesal pun dah tak gune". So kalau menyesal pun tak guna apa yang kita boleh buat sebab hidup perlu diteruskan?

kat sini lah kita kena praktikkan amalan menghargai seseorang. Kalau kita dah kehilangan seseorang yang kita yakin kita tak akan dapat bersama, so kita hargailah dia yang ada dalam hidup kita sekarang. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cube beringat bahawa tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi ni melainkan yang di atas sana. Cube terima kelemahannya sebab dia juga mungkin tengah belajar menerima kekurangan kita. Yang dah berlalu tu jangan lah dikenang sebab hati sendiri yang sakit dan terluka even kita sendiri yang melukakan sebab kita tak mungkin dapat berpatah balik untuk keputusan yang kita buat melainkan berlakunya keajaiban yang tak delah ajaib mana sebab semua tu dah pun ditetapkan dan ditakdirkan. So kamon la..teruskan hidup (FEEL IT!). Cuba untuk berdoa supaya yang dah pernah terjadi tak akan berulang selagi dizinkan Allah. Walaupun ramai lagi yang kita rasakan terbaik untuk kita tapi yang ada di depan kita sekarang sebenarnya dah cukup baik dan kita tak akan dapat rasa kebahagiaan selagi kita terus mencari yang terbaik.


semoga kite semua terus berbahagia dengan pilihan hati masing-masing dan terus belajar untuk menghargai walau ape sekali halangan yang tiba dalam hubungan kita. kearana disitulah kita dapat buktikan cinta kita adalah cinta sejati..AHHH..bapak jiwang,.HAHA

ADE??

Followers