Wednesday, March 16, 2011

AWAKLAH RUMPUT SAYA



Hai warga2 comel dan jelita...setelah sekian lama jari jemari aku ni tak menconteng kata2 nista dalam  blog aku ni kini aku muncul kembali. bukan apa kadang2 kebizian dan kemalasan mengatasi segala-galanya.poyo kan. rasa  nak berbloging lepas tertonton satu video tentang kasih sayang.Mula dah nak berjiwang.HAHA. 1st skali korang perlu menonton video diatas bagi memudahkan korang paham apa y bakal aku carutkan lam entry aku ni. Bagi sesape yang belum tengok la sebab video ni dah lame actually so kalau yang dah penah tengok nak tengok lagi sekali pun tak de hal lah.aku tak charge 5 sen pon. Tapi lau korang nk bayar pun lagi la aku tak charge korang.

kisah lam video ni sebenarnya banyak mengajar kita semua menghargai sesiapa yang pernah hadir dalam hidup kita and yang paling penting orang yang berada dalam hidup kita sekarang. Then barulah sesebuah hubungan tu akan berkekalan selagi cinta kita ni dah pun ditetapkan sejak azali lagi and bukannya kecundang di tengah jalan sebab perangai kita yang kadang-kadang keanak-anakan dan kadang-kadang terlebih emosi(perempuan la selalunya) and tahap ego yang susah gila nak dicantas( ofcoz lelaki biasanya even perempuan pun ada gak ego tersendiri)

Pernah tak kita sedar yang kita kadang-kadang tak menghargai orang yang hadir dalam hidup kita. Kita selalunya mencari sesuatu kesempurnaan dalam satu hubungan n ofcoz mengharapkan orang yang kita sayang layan kita macam seorang puteri dan raja.kot ye pun tunggu la time jadi raja sehari nanti kan.Ahh mengada betul. raja sehari pon kene basuh periuk belanga gak.

Based on video kat atas. pelajar tu ibarat kita-kita semua ni la yang menggatal nak bercinta and nak cari cinta sejati yang akan menghargai kita sepenuh hati tanpa kita sedar yang kita pun sebenarnya kena tahu untuk menghargai kalau nak satu kasih sayang tu berkekalan. Kita dalam hidup ni memang sentiasa mencari mereka yang paling layak untuk digandingkan dengan kita dan yang paling penting yang paling layak untuk digandingkan dengan kita sehingga ke hujung nyawa.Heh..mengada!.

Tak semua orang akan berjumpa dengan Mr Perfect n Miss Perfect dalam sekelip mata. Usaha tu sangat penting tapi usaha kita ni kadang-kaddang membuatkan kita tersilap pandang n tersalah pilih sebab sikap kite yang terlalu mementingkan kesempurnaan (tak semua maksud aku). dalam kita memilih dalam terlalu memilih ni kita tak sedar yang kita dah pun berjumpa dengan orang yang betul-betul sayang kita sedangkan kita terus mencari.Cari apa pun tak tahu agaknya. Teringat kata-kata YEYEN yang " lam hidup kita ni kita akan jumpa sekali je orang yang betul-betul sayang kita. Kalau kita tak sedar kita tak akan jumpa lagi orang yang betul-betul menghargai kita dan pada masa tu nak menyesal pun dah tak gune". So kalau menyesal pun tak guna apa yang kita boleh buat sebab hidup perlu diteruskan?

kat sini lah kita kena praktikkan amalan menghargai seseorang. Kalau kita dah kehilangan seseorang yang kita yakin kita tak akan dapat bersama, so kita hargailah dia yang ada dalam hidup kita sekarang. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cube beringat bahawa tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi ni melainkan yang di atas sana. Cube terima kelemahannya sebab dia juga mungkin tengah belajar menerima kekurangan kita. Yang dah berlalu tu jangan lah dikenang sebab hati sendiri yang sakit dan terluka even kita sendiri yang melukakan sebab kita tak mungkin dapat berpatah balik untuk keputusan yang kita buat melainkan berlakunya keajaiban yang tak delah ajaib mana sebab semua tu dah pun ditetapkan dan ditakdirkan. So kamon la..teruskan hidup (FEEL IT!). Cuba untuk berdoa supaya yang dah pernah terjadi tak akan berulang selagi dizinkan Allah. Walaupun ramai lagi yang kita rasakan terbaik untuk kita tapi yang ada di depan kita sekarang sebenarnya dah cukup baik dan kita tak akan dapat rasa kebahagiaan selagi kita terus mencari yang terbaik.


semoga kite semua terus berbahagia dengan pilihan hati masing-masing dan terus belajar untuk menghargai walau ape sekali halangan yang tiba dalam hubungan kita. kearana disitulah kita dapat buktikan cinta kita adalah cinta sejati..AHHH..bapak jiwang,.HAHA

ADE??

4 comments:

  1. tp ra...kte xjmpe pon lg rmput 2....

    ReplyDelete
  2. g padang besaq la da...konpem bnyk rumput ko jumpe

    ReplyDelete
  3. ish yg 2 import punyer rumput 2..
    jauh plak korg nk g knduri kte nnt...

    ReplyDelete

Followers