Wednesday, April 6, 2011

PEREMPUAN ITU COMPLICATED TAPI TETAP CUTE

Assalamualaikum..


Hi semua..bertemu kembali..





Okay.. pernah tak korang sedar antara lelaki dan perempuan ni memang terlalu banyak perbezaan yang tersangatlah ketara. Tak kira lah dari segi perasaan, emosi, akal, kemahiran and so and so. And well dari segi kegedikan tak perlu dipersoalkan sebab lelaki pun juga gedik! So tahap kegedikan pun membuatkan lelaki dan perempuan adalah berbeza



Dan untuk memberi gambaran dengan lebih jelas..aku try jd short story teller tentang sebuah kisah percintaan antara dua insan yang sama- sama begik, bega, degil, keras kepala, ego dan budus. Hei td kata nak cakap pasal perbezaan?? Relax2..bila aku dah cerita kang baru korang sedar yang persamaan tu yang membezakan sebenarnya...ehhh??



Bagi sesiapa yang sedang berkasih sayang dengan ur boyfy mahupun gelfy?(terasa, terasa), korang mesti pernah bergaduh kan. Gaduh mulut tu memang lumrah alam lah. Kalau tak gaduh maka pincang lah perhubungan korang.



“ Kanda ni...susah sangat nak paham dinda, dinda mintak kanda bagi perhatian sikit je kat dinda. Tu pun susah. Bencilah kanda ni!!! Hentak kaki dalam 2 ke 3 kali then talipon di matikan and lebih dramatis di off kan terus menunjukkan protes. Merajuk.. pastu agak-agak macam ade message berbunyi You have a missed call(s) (60) from 013xxxxxxx at 1.59 am), barulah talipon di on kan balik.(tak terasa). Bila dah on takde apa yang berlaku mulalah mintak putus..ehhh




Dalam situasi ni orang perempuan sebenarnya amatlah suka sekiranya diri diberi perhatian selalu dibelai dan dimanja bagai binatang menatang minyak yang penuh 24/7. Kan2 Zuhainy ahmad zhaki yang cantik dan manja?? Bagi kami- kami yang comel2, cantik dan manja ni perhatian dari orang yang tersayang adalah tiada kompromi. Ia adalah wajibul ghunnah. And sebenarnya bukan lah dalam percintunan je. Memang perempuan telah ditakdirkan dan dilumrahkan sangatlah mendambakan perhatian dari sesiapa sahaja mereka- mereka yang ada di sekeliling mereka termasuklah rakan sebaya



Okay lets through the phrase one by one. Bila orang perempuan mengadu dan mengeluh bahawasanya kamu- kamu si hendsem dan cool ni tak bagi perhatian kat kami, bukanlah maksudnya korang tak pernah langsung bagi perhatian. Tapi tu sebenarnya cara kami nak tarik perhatian. Kadang- kadang tu korang dah pun call setiap sejam sekali tapi bila saat nak tunggu jam yang akan datang tu, kadang- kadang kami- kami yang comel dan manja ni merasakan sesuatu perasaan yang aneh which is RINDU! Then saat dan ketika tu juga kami- kami yang manja dan dedikasi ni terus make a call padahal baru seminit tadi korang call. Hei korang apa paham perasaan perempuan. Jiwa kami halus tau. Dah la halus, comel pula tu. Pastu bila sang arjuna tak angkat call (sebab tengah main snuker or DOTA myb), mulalah golongan comel ni berperasangka buruk. Ahhh beliau sengaja tak nak angkat call. Ntah2 dengan perempuan lain. Ehhhh?? Normal kan perasaan ni zuhainy ahmad zhaki??

Orang lelaki pula bila situasi camni berlaku mereka mula rasa ewww.. apalah gediknya awek aku ni. Kan baru je call tadi(kutuk2 pun sayang tau sebab mana ada dah orang lain nak kat kau! Ahh korang lagi gedik). Berbeza pula dengan lelaki. Bagi mereka kasih sayang bukanlah dengan bagi perhatian 24/7 tapi cukuplah sekadar bertanya khabar. Gayut 5 minit sehari pun ok dah. Soalan feveret.. watper? Dah makan? Dah berak? Dah kencing? Standard kan. Tak terasa lah. Asal kan contact jap and si comel tak curang sudah lah. Kan2? Camtulah kesempoian lelaki dalam menjalin hubungan.



Ok next, talipon dioffkan sebaik sahaja panggilan dimatikan. Sebenarnya bukan apa, malas nak gaduh panjang-panjang + jiwa sensetif. Perempuan kan. Normal lah. No woman no cry. Agak- agak dah ada 60 miscalled dari sang arjuna barula talipon di on kan balik. Konon-konon kekasih hati akan memujuk. Tapi heiii!! takde satu pun misscalled??

Kat sini dah nampak satu lagi perbezaan. Orang perempuan ni sebenarnya suka dipujuk tapi bagi orang lelaki lantak kaulah nak merajuk. Jap lagi ok lah tu. Nope! Lelaki dan perempuan sangatlah berbeza dalam isu pujuk memujuk. Even dalam berkawan pun, orang perempuan lebih suka kalau mereka merajuk ada yang datang memujuk walaupun hanya dengar sekadar one magic word whic is sorry. And sangatlah normal kalau kata maaf tu tak dilayan. Sebenarnya dalam hati dah cair tapi perempuankan, gedik tu lebih sikit. So just let her cool down by her own self kalau maaf korang tak dilayan. Tak lame mana pun. 2 3 jam ok lah. Beza pula dengan lelaki. Jarang lelaki merajuk sampai seharian and jarang sangat lelaki mengaku sedang merajuk. Mereka lebih senang guna perkataan marah bagi menggambarkan kejantanan mereka. Kan2! Padahal merajuk. Ceh! Oh ya..lelaki ni kalau merajuk tak suka dipujuk. Mereka lebih suka cool down sendiri tanpa sebarang kata maaf. Bila dah ok mereka akan datang sendiri dan buat seolah- olah tiada apa yang berlaku dan masa nilah si comel perlu memainkan peranan sebagai penggoda. Hik!



Apa salahnya timbulkan rasa bersalah tu dengar ucapkan kata maaf dengan penuh kemanjaan dan kelembutan, belanja aiskrim ke, boxer ke..ehhhh?? ahh sukatila nak belanja apa pun. Janji ikhlas. This situation membezakan lelaki dan perempuan dari segi emosi. Perempuan selalu nya emo2. lelaki plak more to egois. Tak setuju?? Korang tak senormal aku la tu.



Minta putus?? Bende ni memang sangat sebati dalam sebuah hubungan dan seorang perempuan. Macam aku cakap tadi. Perempuan ni emosi terlebih. Kalau bengang tahap bangang sikit- sikit mintak putus.( terasa ) bukan tak boleh selesai cara elok. Tapi sebenarnya putus hanya dibibir bukan dihati. Percayalah.. melainkan minta putus sebab dah ada si macho yang lain..errrr..ntah. nak buat camne. Tahu tak korang kenapa kuasa talak(cerai) tu dalam islam diletakkan di bawah kuasa seorang lelaki yang bernama suami. Cuba bayangkan kuasa talak di bawah kuasa perempuan. Confirm talak 10 pun tak cukup. Yelah, baru 4 bulan couple dah 15 kali putus. Ni kan plak dah kahwin.



Perempuan ni jarang berfikir panjang. Kalau tengah marah tak payah nak cakap la. Gunung daik bercabang tiga, gunung ganang terbelah dua. Emo yang terlebih memang selalu buat perempuan buat keputusan yang salah pastu menyesal. Gaduh sikit putus. Gaduh sikit mintak cerai, sebaik tak de kuasa. Lelaki selalunya berfikir panjang sebelum buat keputusan. Biarlah sehebat nana badai melanda hubungan, mereka masih mampu mengawal perasaan dan emosi dan lebih rela mendiamkan diri sambil memikirkan jalan penyelesaian dan semestinya bukan memilih jalan putus@ cerai melainkan memang dah tak ada jalan lagi. Tapi tulah. Kadang- kadang diam lelaki ni yang membuatkan perempuan makin berapi. Mereka lebih suka sesuatu masalah tu diselesaikan dengan cepat sebab nak dipujuk. Hee.. macam yang aku cakap tadi.




Well, aku bukanlah nak menjatuhkan martabat perempuan sebab hei aku perempuan tau! Perempuan ni memang complicated dan sukar diduga hati mereka tapi sebenarnya hati perempuan ni lembut dan halus dan comel. Kalau kena gaya senang je nak lembutkan hati mereka yang memang lembut tu. Sebagai lelaki dan pemimpin sepatutnya korang kenalah pandai mengawal sesuatu hubungan sebab kaang- kadang lelaki ni emosi gak. Marah tak tentu pasal. Kan perempuan ni halus jiwanya. Kadang korang tinggikn nada suara korang sikit je tapi bagi perempuan itu adalah marah and dengan serta merta jiwa perempuan mu tersentap. Dalam perhubungan perlu ada tolak ansur dan komunikasi yang baik. Memang perempuan lebih suka bermadah contohnya nak bear di saat hari lahir mereka. Mereka tak kan minta secara direct tapi mereka lebih suka bermadah “ cantik kan yang bear tu??” and why the hell korang si kacak dan hendsem susah nak paham. Cubalah belajar bahasa madah dan bahasa tubuh perempuan sebab korang sebenarnya sangat memerlukan perempuan dalam hidup korang. Siapa nak iron baju korang kalau bukan mak korang, kakak orang, adik perempuan korang, bini korang. Hei!! Bibik korang pun perempuan tau.




See, lelaki dan perempuan ni banyak lagi perbezaan nya, Cuma kita semua perlu sedar yang perbezaan ni yang menjadikan sebuah kehidupan tu jadi indah bukannya susah. Cuma menerima perbezaan orang lain dari diri kita supaya sesuatu yang kurang tu jadi sempurna.



Ps: kalau lelaki dan perempuan tu sama, rasa2 korang ada tak kat dunia ni.haha





No comments:

Post a Comment

Followers